~sembang2 santai~

Allah Tuhanku Muhammad Ikutanku Islam Agamaku Al-Quran Panduanku Doa Senjataku :)

Friday, March 1, 2013

bersediakah kita??


assalamualaikum..hari ni nak kongsi perkara yg berkaitan dgn KAHWIN.:)..seronok kn ble dgr perkataan ''kahwin''..org kata apa..sweet..hehe..sweet cmne 2??..erm..zaman sekarang ni..ramai kita tgk org kahwin pd usai muda..remaja lah mksudnya.erm,.macam2 la sebab n alasan yg diberikan knp nak khwin muda..antara alasan yg plg famous kt dunia ialah nak elak zina..yela.cbe klu dah khwin,semua bnde dah jd halal..nk pegang2 boleh..ckp2..peluk2..n semuanyala..everytime pon xp.pastu alasan yg kdua famous,,dpt bg semangat lebih la utk blaja..ye ke?apa klu xkhwin xd smngt k nak blaja??elehh..ermm..tu tpulglah pd pndpt masing2 sbb sy pon xpnh kwin lg ..jd xthu cmne keadaan org yg dah kwin dgn blum khwin..huhu...hurm...
tp adakah khwin hnye sbb tu shja?dan adakah pkre tu shja yg perlu difikir jika hndak berkhwin??bestnye klu semudah tu..... pernah x kita terfikir..apa amanah yg bakal dipikul sebaik shja akad nikah??senang cerita cmni la.. ..BERSEDIAKAH KITA??


Mari renungi sejenak....


Bagi kaum ADAM, dah sedia ke nak  jadi IMAM dan PEMIMPIN rumahtangga? Sesuai dengan tugasnya sebagai ketua keluarga, dialah yang akan bimbing,  dan mencorak keluarga yang dibinanya. Jika diri sendiri masih banyak  kelemahan dan serba-serbi kekurangan dari sudut pegangan agama, bagaimana mungkin diri ingin membawa isteri dan anak-anak hingga ke syurga-Nya?


Bagi kaum HAWA pula, dah cukup bersedia ke nak menjaga dan menyiapkan diri menjadi isteri yang SETIA, TAAT dan PATUH kepada suami? dah  bersedia ke untuk melahirkan pejuang-pejuang agama? Apakah layak untuk melaksanakan semuanya jika diri masih lagi terumbang-ambing dan terkapai kapai dalam asas agama? Apatah lagi untuk merebut syurga yang terletak sepenuhnya di bawah tapak kaki seorang suami...


Persoalan ini sebenarnya bergantung kepada kemampuan dan keadaan individu masing-masing. Jika dah memang sampai masa yang sesuai, ibu bapa redha dan kedua- dua belah pihak merestui ,so bernikahlah. :


Sepertimana hadis Baginda SAW :_

“Wahai para pemuda, siapa di antara kalian yang mampu menikah (jima’ dan biayanya) maka nikahlah, karena ia lebih dapat membuatmu menahan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa tidak mampu menikah maka berpuasalah, karena hal itu baginya adalah pelemah syahwat.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Firman Allah pula menyebut yang membawa maksud:

“ Allah mengehendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamu” (Al-Baqarah : 185).


Tak dinafikan kahwin semasa belajar ada kebaikan dan keburukannya. ada baik dan buruk, semuanya kembali kepada  nilaian masing-masing. Nikahlah bagi yang mampu dan bersedia melayari kehidupan berumahtangga walaupun dalam masa yang sama berstatus pelajar.


Tetapi jika tidak, maka nilailah dengan sebenar-benar penilaian dan ukurlah baju di badan sendiri jangan sampai merana diri sehingga membawa kepada pergaduhan dan perceraian pula nanti…haaaa..kalau  tersilap perkiraan dan tidak cukup persediaan, macam mana  nak capai Bait Muslim yang Islam citakan untuk membangunkan generasi soleh dan solehah sebagai penerus perjuangan untuk deen-NYA malahan mungkin akan meruntuhkannya pula dek kerana rapuhnya pegangan agama sebagai teras utama.


 bukan tak boleh nak kahwin semasa belajar, tp terpulanglah kepada keadaan individu masing-masing .fikir semula baik2 ,,byk amanah dan tnggungjawab yg kena pikul..Apatah lagi title ‘isteri solehah’ dan 'suami soleh'  itu yang didamba untuk ke syurga-NYA.so..fikir2 kanlah.. 



~ Jagalah dan Cintailah Allah sepenuh hati, pasti DIA akan menjaga dan mencintaimu jua~


2 comments:

  1. kawin je la...yang penting masing2 niat nak taat perintah Allah...klo fikir kan masalah tu masalah ni memang masalah tu takan hilang...dah memang manusia tu hidup didunia dengan masaalah...

    ReplyDelete