~sembang2 santai~

Allah Tuhanku Muhammad Ikutanku Islam Agamaku Al-Quran Panduanku Doa Senjataku :)

Tuesday, March 5, 2013

Cinta Skema vs Brutal ..:D



co

~dasar budak skema!!!!~

Seperti biasa ,sebaik   tamat je kuliah,aku dan teman baikku Wardah akan lepak di café WOW untuk memenuhkan ruangan perut yang masih berbaki.Sambil- sambil itu,kami akan bergosip tentang isu-isu semasa  yang berlaku di kampus.Hari ni,aku memesan makanan kegemaran aku,kue tiaw tom yam .5 minit kmudian , makanan yg di pesan sampai..kuew tiaw kt sini memang kaw.Tanpa mmbuang masa, aku terus mnghirup kuah  tom yam..fuhh..memang sedap.Kemudian aku sambung bersembang dengan Wardah.Tengah rancak bersembang,tiba-tiba,meja tempat aku makan   dilanggar  oleh seorang mamat yg tidak dikenali..

-Woi..kau ni buta ke?ko tak nampak ea  aku tenagh makan ni??

-Maaf saudari..saya tak sengaja..

-Tak sengaja kau cakap??..nak kata  tak pakai cermin mata, dah tebal dah kanta cermin mata ko tu..Ko tengok ni,habis buku aku .Ko ingat senag ke nak cari buku ni?Ko ingat buku ni aku beli guna  daun ke ha??

-Maaf ..sy tak sengaja.Saya betul2 xperasan tadi.maaf..nanti saya ganti buku saudari..maaf..

- Buku ni aku tak habis baca lagi tahu tak???bertahun aku mencari buku ni..tiba-tiba,ko datang senang2 je rosakkan buku aku..hishhhhhhhh..

-Eh,,dah la zurina..semua orang pandang la..malu la  weh…
   Wardah cuba menenangkan aku.

-Malu tak malu. Biarlah  orang nak pandang ke..apa ke .Aku pduli apa? Aku dah hilang sabar dengan mamat ni.
-ko ni kan ..memang r..dah la  rambut belah tengah.muka macam badut ..cermin mata  tebal..hahh!!! dasar budak skema..

Wardah terus manarik tangan aku beredar dari situ .Semua orang memandang aku sambil tersenyum sinis..
Arggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!habis buku aku.buku ''Dia  Khalifah Hidupku'' ku kibas- kibas untuk  mengeringkan air milo yg masih melekat.haaahh!!.rosak semunya!!
………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

~ dia bukan jodohku~

Seusai solat,aku mengulangkaji pelajaran .Subjek  bahasa arab merupakan subjek kegemaranku..sedang khusyuk mentelaah pelajaran,   telefon ku berbunyi menandakan meseg masuk.Tanganku segera  mencapai telefon bimbitku lalu  ligat menekan butang open.Kiriman meseg dari  seorang kawan lelaki ku,Fahrin.

-Salam wak..buat apa?

-Wasalam..tak buat apa pon.ada apa ye fahrin?

-Oo..sje..tak de  apa pon..awk dah fikirkan tentang tu?

-Oo..tentang tu..sy dah  fikirkan dan sy dah pon buat istikharah.

-Apa jawapan dr istikharah tu?

-maaf.sy xdapat terima awk.dan sy doakan  awk jumpa  prempuan yg lebih baik .

-Tp sy pcaya pd jwapan istikharah sy yg awk adalah calon yg terbaik bt sy.

-Maaf fahrin.kadang2 istikharah melalui mimpi tidak begitu tepat.tolong hormat keputusan sy.maafkan sy.saya tak boleh terima awak.wsalam.

Aku terus mematikan telefon bimbitku.Tidak mahu diganggu.Fahrin seorang guru di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Dia adalah lelaki yg telah datang dalam hidup aku 2 bulan lepas.Pertemuan kali pertama kali di alam maya Face Book..Dia menegur aku dan mengatakan hasratnya untuk berkenalan.Pada mulanya aku menolak.Bukan kerana dia tu siapa, tetap memang aku seorang yang sangat berkira- kira untuk terima  kenalan dari lelaki. tetapi setelah dia berterus terang ingin menjadikan aku suri hidupnya, tambah-tambah pula dia bersungguh menyuruh aku melakukan solat istikharah, aku meninbang-nimbang hasratnya.Dan keputusan istikharah aku negatif..Mungkin aku bukanlah jodoh yg tepat buatnya..Fahrin memang  seorang yg baik , menjaga batas ,ambil berat..tetapi  aku tidak mempunyai sebarang perasaan terhadapnya.Soal hati dan perasaan tak boleh dipaksa.Perkahwinan bukanlah untuk sehari dua,tetapi untuk selamanya.jadi,pilihan yg tepat harus dibuat.Tersilap pilihan,boleh membawa kebinasaan kelak.Itu yg paling membimbangkanku.

………………………………………………………………………………………………………………………………
~ apa salah aku??~


Pagi ini, aku mnghadiri kuliah Hadis bersama  Prof Muhid.Topik hadis pada  hari ni memang menarik minat pelajar2.mana tak nye,topik '' KHITBAH ''..sampaikan  pelajar-pelajar yg biasanya mengantok,tidur dalam kelas ,semuanya  duduk tegak,khusyuk mendengar setiap satu perkatan yg keluar dr mulut prof. Bukan main  banyak lagi soalan yg dajukan kpd prof Muhid tentang perkahwinan. oiii..dah  tidak sabar agaknye semua kawan-kawan aku ni. Tiba-tiba,mata aku tertumpu pada sebentuk cincin dijari manisku.huhu.cantik.bisikku sendiri.cincin ni aku beli sendiri..saja je gatal nak pakai..ubah selera..

Tamat je kuliah, aku ditegur  oleh 2 orang mamat poyo yg tak habis-habis menyakat aku.

-Aik...dah pakai cincin skarang..tak pernah-pernah pakai pon sebelum ni..hahhahahaa

-dah bertunang la tue..dalam diam ubi berisi..ada jugak laki yg sangkut  kt perempuan singa cam ko ni kan-??.untung lah.
.
-Korang ni kenapa r?kalau sehari tak kacau aku memang tak sah ea? Ke  korang ni lahir2 je dah memang suka sakitkan hati orang r???

-Cakap sikit pon nak marah.sebab tu lah orang tak berani nak usha kau taw x..

-Suka hati aku la.korang sibuk apa!!!buang masa aku je cakap ngan korang ni..bla la!!

Aku terus bergegas pulang ke asrama dengan perasaan yg membara-bara.
Aku ni bukannye tak laku sebab aku ni garang. Bongek!! kurang ajar punya jantan..getusku dalam hati.
Sampai di bilik,teman baik ku mnyapaku.

-Aii...ko ni knapa  Rina?? Muka tu dah macam singa kelaparan je aku tengok..ada orang buat hal lagi ke dengan kau??

-Mana tak macam singa kelaparan weh..aku geram lah..hari-hari,ada je mamat2 poyo yg cari pasal dgn aku.aku tak tahula apalah salah aku pada dorang,kenapalah  malang sangat nasib aku.

-Nasib ko tak malang tapi mungkin ko kena ubah sikit cara kau tu..jangan terlalu keras dalm percakapan,kurangkan sikit perangai kasar ko tu..-
Masalah nya..aku xcri pasal dengan dorang.so,xpayahlah nak cari pasal dgn aku.senang kan cmtu?? Ko ni..bela dorang pulak apahal?? Dah termakan dgn pujuk rayu dorang pulak??

-Tengok  tu..aku cakap sikit,kau kata aku ni bela  dorangla ..apalah..ikutlah rina..aku cakap yg sebetulnya. kau kawan aku .tak kanlah aku nak cakap yg xelok pada kau..aku nasihat je.terpulanglah pada kau nak time atau tak.tapi aku sbg kawan kau,,mestilah nak yg terbaik untuk kau.ok lah weh..aku ada kelas ni.aku pergi dulu.assalamualaikum.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………...

~meseg yg tidak disangka2~

Wardah..esok kan cuti, jadi malam ni kita tidur lewat sikit nak xtak?kita tengok movie.kita kan dah lama  tak tgk movie sama-sama..
Sorry la  Rina.Aku mengantok sangat la malam ni.letihla urus program siang tadi.sorry ea..
Ye ke??ermm..xpelah kalau camtu.kita tengok esok je la.ok.

Aku pun menukar pelan untuk membuka facebook.tiba-tiba mataku tertumpu pada inbox.ada 1 meseg dari orang yg tidak dikenali. Zarin??pelik..bila di semak2 ..aku dah pon friend dengan dia..oohh..mungkin aku tak perasan kot yg aku dah approve dia sbg kawan dulu.omel ku dalam hati.
Aku agak terkejut dengan isi meseg dr pengirim tersebut.

-Assalamualaikum saudari.maaf bertanya.adakah saudari sudah bertunang??

 pada mulanya, aku terasa malas nak balas meseg tu.tapi entah kenapa tangan ni gatal membalasnya.

-Waalaikumsalam..ni siapa  ye.?? Belum.

 2 minit kemudian.laki tu membalas meseg ku.

-Saudari tak kenal sy.saudari sudah bersedia ke kalau ada yang masuk meminang??

Sakit perut aku menahan gelak seusai membaca mseg ke dua  dr dia. ayat punyalah skema..penuh je perkataan.siap panggil aku saudari lagi. Dah lah tak kenal kita,tiba2 nak masuk meminang..buat lawak betullah mamat ni.hahahha..

-sy ni baru umur 20 encik.muda lagi.memamg tak bersedialah.apa jenis soalan laa..

Kemudian dia bertanyakan serba sedikit mengenaiku.

 tepat pukul 12 malam.aku memohon diri untuk berundur.

-K la wak..dah lewat ni.ada apa2 lagi ke?

-Oo..xda da.harap saudari dapat mempertimbangkan hasrat hati sy tu ye.maaf mengganggu.asslamualaikum.

arghhh..apa yg aku dah buat ni..kenapa lah  aku pergi balas meseg lelaki yg langsung aku tak pernah kenal??haaahh!! kesalku sendiri.

………………………………………………………………………………………………………………………………………...
 ~terasakah dia denganku??~

3 minggu kemudian…
 
 cuaca pagi ini mendung.dalm perkiraanku ,mungkin akan hujan.aku ke kelas seperti biasa.pagi ni,aku akan belajar subjek tasawwur islam yg disampaikan  oleh prof bakhtiar.setengah jam duduk dalam bilik kuliah tu,mataku terasa mengantok sekali.mungkin dek kerana tidur lewat malam tadi.lalu ku meraba-raba beg tanganku mencari telefon bimbintku.untung ada wifi di fon ku.bolehla aku buka laman sesawang  facebook..hehe..kalau mengantok..ni je ubatnye.senang.hhehh..aku menekan butang log in ..

1 meseg diterima.dari zarin.lelaki skema tu.

-Assalamualaikum saudari.apa khabar saudari ?? Harap sihat la hendaknye.tujuan sy menulis meseg ini kerana  ingin mendapatkan jawapan dr pertanyaan sy 3 minggu lepas.

-Waalaikumsalam..sy minta maaf.sy xdpt terima awk.ye ,,kita xmungkin serasi..sy kasar n awk skema..skema dan serasi xkan masuk kan?? So..macammana nk bahagia nanti....betul x?? Maaf sekali lagi.wslam.

Mana mungkin aku nak terima seorang laki skema dalma hidupku.aku seorang yg kasar,ganas.banyak cakap..kalau aku kahwin dengan dia,bahagia ke aku nanti??nanti aku je yg asyik cakap,,dia pulak diam je..huhhh..xboleh2x..

Tiba-tiba dia membalas meseg ku..

-Maaf.sy bukan manusia sempurna.sy banyak kekurangan.tapi suami isteri lah yg akan melengkapkan kekurangan itu nanti.terima kasih.waalaikumsalam.

Tersentap aku lepas baca meseg tu.terasa kah dia dengan aku??
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..


Malam tu aku tak boleh melapkan mata..bulu mataku seolah- olah tercabut 1 persatu tidak membenarkan aku  menutup mata. Tiba-tiba..isi meseg dr zaril siang td menerjah dibenak fikiranku..

Kasar sangat ke ayat aku tadi?? Rasanye biasa je..tp kenapa dia balas macam aku ni bg meseg melampau gile2 kat dy?aku bukanye kata dia xsempurna ..tp aku pon ada hak jugak nak pilih lelaki yg macam mana dalam hidup aku. Aduhh...serba salah pulak rasa..dia terasa k ea??
….arghh...buat apa aku nak sibuk sibuk fikir pasal dia?dia bukan siapa2 pon..takde faedah pon.. Buang masa aku je.. Aku merenung siling dan akhirnye pandanganku gelap.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
~manusia boleh berubah~


Petang tu,aku pergi merayap ke bilik salah seorang teman  sekampusku..saje,,nak sembang-sembang kosong..

-Mek pah..guana ko skang??lme dah xborak rasanye..

-Gini la aku..cam dulu..mana xlama,ko kan dah jumpa kawan baru,mane nak ingat kat aku ni dah.

-Eh..mana ada lah..aku sibuk sikitlah sekarang ni..banyak program.pah..aku nak tnya sikit boleh??

-Aiik kon ni..tak pernah2 pon mintak izin kalau nak tanya..demam panas ke apa ko ni..hahhah..apa dia??

-Aku tanya je ni taw.xde maksud apa2 pon..erm..besenya kan..kalau orang laki yg skema sbelum kahwin ni akan skema jgk k lepas kahwin??
-
Hahhahhaahha...laen macam je bunyi..huhu..tak skema dah la weh..umi aku cite.. ayah aku dulu pon skema jgk sebelum kahwin.tp lepas dah kahwin..dia la yg banyak mengarot..

-Ye ke macamtu?

-Betol..ala..ko jangan risau la,,nanti dah kahwin..automatik dia akn berubah sendiri..cayalah cakap aku.

-Ea??oooooo...ok...saje je nak tahu.jangan fikir bukan2 pulak taw.

-Yela..macam2 la ko ni..hahah.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
~permulaan yg baik~

Entah kenapa petang tu aku terasa nak tarik semula kata2 aku kat zaril tempoh hari.tanpa melengahkan masa..butang login facebook ku tekan..tangan ku ligat menaip meseg ..

-Assalamualaikum zaril..sy nak minta maaf tentang meseg sy tempoh hari.sy tahu sy silap dan sy nak tarik balik kata2 sy..
Lalu butang send ku tekan.

-Waalaikumsalam.kenapa nak tarik balik?cik zurina dah ubah fikiran pulak ke??

-Aik,,mamat ni..dah tak nak kt aku ke?lain macam je meseg dia ni.kataku dalam hati.

-Tiba2 pintu bilik ku di ketuk..wardah ..baru balik dr program.aku membantunya mengangkat barang.
Setelah siap membantu wardah..aku kembali menghadap laptop.lalu aku membalas meseg zaril..

-Aaa??erm...ye.sy dah berubah fikiran .tp klu awk dah berubah kputusan xpelah..ok.maaf menggngu.wsalam.

Malunye aku bkn kepalang..haa,,,tu la zurina..dulu masa ada yg nak,,ko tolak mentah2,,sekarang padan dengan muka kau..

Dia membalas

-Lambatnye balas meseg.kalau pergi kedai pon sempat balik ni..saya gurau je tadi.terima kasih sbb sudi terima utk berkenalan dengan
saya.

Aku membaca smbil tersenyum.kemudian aku terus membalas.

-Sama-sama.Pandai pulak bergurau ea.ingatkn budak skema ni xpndai bergurau.ok la..dah nk masuk magrib ni.jempa lg nanti.salam alaik.

-Memanglah sy pandai bergurau..saje je tak nak tunjuk kan..ok.wsalam alaik.

Sambil menyanyi2 aku menutup laptpopku..mungkin betul kata mek pah.lelaki yg skema sebelum khwin tak skema dah lpas kwin..tgk tadi  pon zaril dah pandai bergurau..takdelah skema sgt pon.satu perkembangan yg baik..huhu….:)…..


………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
~terlalu memilih~

Prkenalanku dgn zaril hampir mencecah 1 bulan penuh.sikit sebanyak aq dah taw tentng kehidupan dia melalui 1 biodata yg dia berikan pada aku .anak kelahiran perlis.anak sulung dr 3 beradik..ayahnye pesyarah di slh sebuah universiti di malaysia dan mak nye tidak bekerja..zaril seorang yg menjaga batas.sbb tu kali pertama dia menghantar meseg kepadaku terus bertanya tentang '' meminang ''.yelah..nampak la keseriusan dia di situ...

1 hari tu aku bertanyakan tentang  sesuatu yg sering bermain di benak fikiranku..

-Salam alaik.nak tanya sikit,mcm mne boleh kenal sy ea?sy kan tak kenal awk pon .

-err...sy kenal awk..sy tgk awk kt fb lah..dan sy tertarik dgn awk.

Zaril seperti menyembunyikan sesuatu dari aku.

-Begitu mudah?? Oo..jadinya pic tu la yg membuatkan awk tertarik?sebab gambar tu  lah  awk pilih saya  kan?

-ye.sbb org dalam gambar tu.Sy pilih sebagaimana yg Rasullulah tunjukkan . dalam hadis ada menerangkan bab memilih pasangan,pilihlah wanita kerana 4 perkara..kecantikan,keturunan,harta dan agama.jd sy pilih agama dan rupa.xsalah kan?

-Memang lah xsalah.tp pelik la awk ni.tak pernah lg jumpa orang mcm awk ni.dah la memilih rupa..lepas tu berterus terang pulak tu plih rupa..macamlah dia tu handsome sgt..hbs tu..pompuan yg kureng kt luar sana cmne?

-Sy tak kata sy pilih yg cantik.sy pilih yg berkenan di hati.

-Oo..ok..tp yg dalam pic tu bukan sy..tu kawan sy..n nama sebenar sy bukan zurina ilya..nama sy nadwa.jd skarang ni,awk nak pilih perempuan yg dalam gmbar tu ke or perempuan yg bernama nadwa??

-Ye ke? Xpcaye la..mesti saudari tipu sy kan?

-Nak tipu buat apa..betollah..

-Oo..klu macam tu..sy pilih perempuan dalam pic tu.sbb sy tertarik lpas tgk dia.

-Ok..nak sy tolong cakapkan kt dia ke?

-Boleh ke?tak menyusahkan saudari ke?

-Kalau nak..boleh je..takpe,sy boleh tolong.

-Ok..terima kasih saudari.tp betul ke itu bukan sudari?sy rasa mcm sy ni ditipu je.

-Betullah..buat apa nak tipu…

    Kalau dah lelaki namanye,semua sama.nak yg cantik je tahu,mcmlah dia tu handsome sgt nk dptkn perepmuan cantik,,huh!!..getusku dalam hati.

 -ok..klu saudari kata tu bukan pic saudari xpe..tp bagaimana dgn video dalam fb saudari?sy dgr kwn saudari memanggil nama sudari dalam video tu n muka tu mmg persis muka sudari.mcm mana 2 ea?tak payahlah nak berdalih lagi saudari.sy percaya itu saudari.betul kan?

   aduh..video tu..apa aku nak jawab ni..mati aku..

-Err..oo..video tu..hehe..sy nak main2 je tadi.ye..betul..tu memang saya..ok lah.ada keje ni..ok.salam .

-Haaa...kan betul firasat sy.ok.jumpa lagi:).wsalam.


    Aduhhh..kantoi pulak.macam mana lah aku boleh tak perasaan video tu..huh..bt malu aku je..





……………………………………………………………………………………………………..
~hasrat hati~

1 bulan 15 hari~


aku gembira kenal dgn zaril. Tak delah skema sgt mcm kali pertama dia meseg aku..boleh bergurau..tambah2 pulak dgn sikapnye yg selamber badak tu..huhu...

tamat tempoh 2 bulan proses mngenal hati budi masing2..zaril menyatakan hasrat hatinye utk meminangku.

-Zurina,kita kenal  dah 2 bulan kan,jadi sy rasa ni lah masa yg sesuai untuk sy bagithu hasrat hati saya.saya nak meminang awk..ye.,sy tahu..ni mgkin terlalu awal bg awak . Tp sy betol2 serius dgn awk..klu blh sy xnkla lama2 cmni dgn awk…

-Ye..sy thu..sy pon klu blh ..biarlah buat sesuatu tu tanpa keraguan.meseg2 cmni pon, serba slh jgk sbnrnye..xpelah..nanti sy bincang dgn keluarga sy.apa-apa keputusan kelurga sy..itulah keputusan sy ok.time kasih sebb serius dgn sy.assalamualaikum.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
~pengenalan awal tentangnyaJ~

Pagi itu,aku rasakan masa yg paling sesuai untuk aku menceritakan tentang zaril kepada mak ku.sedikit gementar memandangkan aku bukanlah jenis yg suka berkongsi masalah n cerita dgn kelurga.aku lebih suka berkongsi dengan rakan-rakan ku.dalam gugup tu.digagahkan juga diri ni ..keypad telefon ku tekan ..

-Assalamualaikum mak..sihat ke?

-Sihat je..haa...ad apa  telefon ni?

-Xde pe..saje je..hehe..mak nak cakap sikit ni..kita ada kenal seorang budak laki ni..dia ni baik .tp skema skit..dia kata nak meminang kita.

-Haa?? Ko ni biar betul??

-Betul lah mak..org tak main2 lah bnde2 cmni

-Erm..dah lama ke ko kenal dia?
Baru je..sebulan lebih..

-Awal sgt tu..orang nye mcm mne?jins yg jaga solat x?

-Dia jenis menjaga jugak mak..tp dia bukan pelajar agam laa.tp agama tu adalah.dy ni belajar lagi..ambik kedoktoran..

-Umur dia berapa.

-24..

-Bape tahun beza ngn ko..

-4 ..

-Erm..ko kenal hati budi dia dulu..siasat latar belakang keluarga dia dulu.nak khwin bkn sehari dua..lgpon..ko kan muda lagi..

-Org dah taw da sikit2 tntg kelurga dia mak..dia lahir kt perlis tp dok kt kedah..kelurga dia pon ok je..bkn nye nk kwin skarang pon mak..btunang je dulu..ikat..

-Oo..jauh nye.kedah..cmni2..mak x kisah dia tu spe..doc ke..spe ke..tu tak penting..yg penting agama dalam diri dia tu..solat cukup ke x..tu yg penting..nanti ko cakap kt dia, yg penting solat n akhlak tu .senang cte ginilah..kau suruh dia datang rumah..datang sja-saja,,kenal-kenal kelurga.xpon..suruh dia tepon mak..kenal-kenal dulu.

-Oo.ok..kirenya kita bg no fon mak je la ea kt dia.nanti mak cakaplah baik2 ngn dia ea..heheaa

-Yelaa..mcm2 la kau ni...k la..mak nak buat kerja ni.k.assalamualaikum.

-Waalaikumsalam.

  yes!!! Xsangke betul la aku berani cakap cmtu kt mak aku..alhamdulillah mak aku bg respon positif..huhu..lega2..

…………………………………………………………………………………………………………………

~mengapa perlu hadir kembali??~

Malam tu , seusai solat insyak berjemaah, aku naik ke bilik.ku lihat telefon bimbitku.satu meseg diterima..
 dari Ubai, teman sekelas aku dulu.

Pehal pulak mamat ni tiba2 meseg aku?? Butang open ku tekan.

-Assalamaualaikun.rin, sihat ke?

-Waalaikumsalam..sihat je..ada pehal meseg aku  ni?

-Tak de p..saje je bertanya khabar.hehe..xboleh ea?

-Boleh je..alah ko ni..mesti ada smething kan ko nak cakap ni..bagitahu j la..

-Gini sbnrnye rin..aku nak tanye ni..kau dah ada orang ke?

-Haaa?? Pe punya soalan kau tanya ni.

-Betullah ni rin..aku serius ni.

-Jap2.aku tak faham la apa maksud kau.

-Ko ni...buat2 xfaham pulak.

-Buat2 xfaham apanyaa..aku memang xfahamlah..

-Aku nak tahu ni..ko dah ada seseorang yg special ke dalam hidup kau?

-Kenapa kau tanya macam tu?

-Yelah..aku nak tahulah ..kalau takde..aku nak bgthu mak aku hantar rombongan meminang ko..

     Gedebush..bagaikan dihentam buah kelapa kepala aku..

-Err..ko ni buat lawak la..lebih baik ko cari perempuan lain..kt luar tu ramai lg perempuan yg bagus2 dr aku..budak u kau tu..xkan la xd sorang pon yg berkenan..ko kan boleh tahan jugak orangnya.

-Budak u aku?xnak lah..aku takde hati kat dorang la..aku masih de perasaan kt kau la rin.

-Erm...Cam mane ea?..cmni ni bai..yg dah berlalu tu biarlah berlalu n aku dah tak nak ulang semula kisah dulu.maaf lah aku terpaksa tolak kau.

-Tp kenapa rin? Apa kurangnya aku? Aku janji aku akan bahagiakan kau.kesilapan aku dulu aku tak kan ulangi dah..aku janji rin.

-Tu bukan masalhnya bai.aku dah ada orang lain.dia  dah lama bertanyakan aku.

-Oo..orang mana?

-Orang kedah..

-1 u dengan kau ke?

-Xlah..u lain..

-Oo..ko serius ke ni rin?

-Ye...aku serius..aku minta maaf terpaksa tolak kau.ok la..ada apa-apa lagi ke?

-Erm..tak de..xpe.aku faham.mungkin kau bukan jodoh aku.ok..maaf ganggu kau..

-Aku percaya kau akan jumpa perempuan yg lebih baik dr aku..

-X rin..aku tahu aku jenis yg mcm mne..xmngkin aku akan dpt perempuan yg baik..sebb tu aku rase bila aku dapat kau,aku akan berasa syukur sgt.aku kenal ko dah lama rin.xpelah rin kalau dah itu kata kau.aku terima.

-Alaa..tak pe..ramai lagi perempuan yg kau akan jumpa lepas ni..ermm..nanti nak kahwin jgn lupa jemput aku pulak.teringin jugak nak rasa nasi minyak kau..

-Aku tak kahwin kot rin.

-Eh..ko jgnlah cakap cmtu..ko terasa ngn aku ke?

-Tak delah..bguslah ko dah jumpa laki yg lebih baik dr aku..kau kawan aku.kalau kau gembira,aku pon gembira sama.jangan risaulah tentang aku k.aku ok.





Aku membiarkan saja perbualan kami terhenti di situ.ubai adalah kisah lalu aku dan aku tak ingin ia nye berulang lagi.tambahan pula..hatiku kini sudah dimiliki.mana mungkin dek kerana seorang lelaki yg tibe2 muncul kembali dalam hidup aku ,senang2 je aku nak kecewakan hati zaril.dia begitu baik dan ikhlas terhadap aku.mana mungkin!!aku tak akan kecewakan dia.

………………………………………………………………………………………………………………………………………
~kantoi~

petang tu,habis sahaja perbincangan subjek kewarganegaan bersama rakan sekelas aku..aku menuju ke makmal komputer.tanpa membuang masa..profil facebook zaril ku buka lantas 1 meseg ku titipkan buatnye.

-Salam alaiak zaril.saya dah bgthu tentang hasrat awk kepada mak saya.sy dah cerita sikit serba sedikit tentang keluarga awk.dan mak minta awak menelefonye ..ini no fon mak sy.awk pandai2 la ea..013……………….ok.wsalam,


-Haaaaaaa!!!buat apa tu??

-Oh sayang2 kau..hish !! ko ni  kan tihah.jangan main sergah2 macam tu lah..terkejut aku ngek ..silap2 hari bulan,boleh masuk icu aku taw x..

Dgn pantas ..tgnku menekan butang log out.

-Ala..ko ni...relaks la..gurau2 je.haa...aku nampak apa kau buat tadi..haaaa...siape zaril tu weh??

-Zaril mane pulak ni?ko jangan pandai2 ea..

-Eleh..aku nampak lah rina..ko xpayahlah nak sembnuyi2 dari akulah..erm..yelah..sapelah aku ni kan nak menyibuk pasal ko..erm..xpelah..

-Alah..mengada la kau ni..ish..kalau tak kerana muka seposen kau tu..xdenya aku nak pujuk taw..ok2..aku cerita..tp kau  kena janji dgn aku,,ni rahsia kita berdua ok..janji??

-Janji!!

Aku pon menceritakan serba sedikit tntng perkenalan aku dan zaril di fb dan hasratnye nak meminang aku..n blaaa blaa blaaa

-Wauuu..bestnya kawan aku ni..dah nak bertunang..patotlah aku tgk skarang dah pandai pakai cincin..dr dia ea?

-Eh ko ni.perlahan lah sikit.nanti orang dengarlah..ko ni..eh..xdelah..cincin ni aku beli sndiri..nanti 2 3 bulan lg..klo ko tgk cincin aku ni dah berubah bntuk,maknanya aku dah bertunang lah tu..hahahha..

-Amboiii...gembiranya aku tgk...seronok ko ea....weh..aku nak tgk pic dia boleh?

-Dia xd pic la weh..aku pon tak tahu dia tu cam mane..dy tak letak pon gmbr dia kt fecebook….aku pon malas nak mintak..

-Oo..camtu ke?ko ni..kang dapat yg muka cam $$$$$$ ..haa..bru padam muka kau..

-Tak kisah la weh..yg penting ,.hati aku dah tertarik dgn dia..hehe..

-Pandai dah dia skarang..xp2..pape hal..aku doakan kau  bahagia dgn dia smpai ke anak cucu..

-Haa??anak cucu?jauhnnya smpai ke anak cucu??hehe..xkisahlah..anak cucu pon anak cuculah..terima kasih.jangan bagitahu org tau tntang ni k.

-Ok!!

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

~khabar gembira~

-Salam  alaik ..awk sihat ke?

-Wslam alaik..alhamdulillah sihat,,ada pe ni zaril?

-Nak bagithu yg sy dah tepon mak awk..

-Haa?ye ke?mak cakap apa?

-Mak tnya latarbelakang diri sy.pastu tnya dah lama ke kenal awk.

-Oo..mak ada pesan pape x?

-Ada..mak cakap suruh jaga solat n akhlak.

-Oo...mak memang ambil berat tentang tu..cam mane ?takut tak cakap ngn mak sy?

-Erm..mula2 tu nervous jgk la..tp dah lama2 tu ,ok je..best jugak cakap dgn mak awak.

-Aah..mak spoting..sbb tu rasa  best.

-Hehe..nanti nak telefon mak awk lg la..huhu

-Amboi..dah cakap sekali,nak cakap lg..mak ada cakap apa lg?

-Mak cakap suruh tepon ayah n bgthu tentang hasrat hati sy tu kt ayh awk..

-Oo..bila nak tefon nye?

-Yg tu,tunggu awk balik rumah cuti semester nanti..senang sikt nanti awak nak terang kat ayah  tentang kita..

-Apa??? Matilah..

-Mati??kenapa pulak?
-
Sy takutlah ..ayah sy tu lain sikit.lgpun dr dulu lg ayah dah pesan kt anak-anak yg xboleh kahwin or tunang selagi tak habis belaja..macam mana ni?klu awk tepon waktu sy kt u xboleh ke?

-Xboleh la cmtu..aik..budak brutal pon takut jugak ke?budak skema xtkut pon..heheh..

-Ngek tol la..bukan takut la,,xbrani sikit je..

-Hahah..xp2..kita usaha sama2 ok..jangan risaulah..sy percaya ayah awk akan faham .ok.??

-Ok..kite cubalah..k la..ada ppe  lg  k?

-Erm..xd dah..ok la budak brutal..jgn takut2 ye,.xmatinye,,heheh,,,ok….salam alaik.

-Ngek!..wsalam alaik..

Aduh..cam mana ni..apa aku nak jawab ngn bapak aku nanti..nanti dia fikir aku datang u ni nak menggatal pulak..erm..aku terus memerah otak memkirkan ayat sesuai  yg perlu aku bgthu kat bapak aku nanti tentang perncangan aku dan zaril..akhirnya aku terlena.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
~holiday!!~

Hari ini,aku akan pulang ke kampung .bercuti selama 2 minggu sebaik tamat sahaja peperiksaan semester ke 2.setelah penat bertungkus lumus berjuang  mnghadapi peperiksaan  , akhirnya aku berjaya tamat menjawab kertas peperiksaan terakhir.kini  tibalah masanya pula utk aku mersantai2 dikampungku ..
Ahh..xsabarnye..Petang itu,aku pulang ke kampung dgn perasaan yg gembira utk brtemu keluarga tercinta disusuli juga dgn perasaan gementar teringatkan zaril.
 malam tu ,,aku berehat2 dalam bilik kerana kepenatan dek kerana menaiki bas selama 8 jam..

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
~ ya Allah..lembutkan hati ayahku~

2 hri berada di kampung..aku merasa sangat gembira..tenang..jauh dr suasana kota yg bising dgn bunyi kenderaan yg lalu lalang..sedang aku bermain2 dgn adik ku di dalam bilik..tiba2 telefon rumah berdering.jantungku berdegup pantas..mungkinkah zaril?? Bisik ku sendiri..

Perlahan lahan aku merapatkan cuping telinga di dinding bilik uttuk mendengar perbualan abah dgn si pemanggil..

-Assalamualaikum..

-Waalaikumslam..ye,,ni siapa?

-Maaf pk cik mengngu..sy zaril..

-Zaril??zaril mana ea?


Sebaik nama zaril keluar dr mulut bapak ku, jantungku bagaikan terhenti.aku menelan air liur..gluppp...aku tidak duduk diam di bilik..berjalan ke san kemari..nak duduk..terasa punggungku begitu panas bagai dibakar..

Ya Allah...bantulah hambamu ini..lembutkanla hati bapak ku untuk terima zaril.. ya Allah.bntulah hambamu ini..doaku dalam hati..

……..
20 minit kemudian.bapak ku memanggil ku ..

-Rina oh zurina..mari sini sekejap

-Ye..abah..jap2..ada apa abah?

-Ni td ada kawan kamu telefon abah..klu xsilap,,namanya zaril..kamu kenal ke?

-Oo...zaril..kawan rina tu ayah.,kenapa ayah?

-Tak de..td dia kata nak datnag ke rumah..ada hal mustahak yg nak dibincangkan..tak tahulah abah hal apa..kamu ada buat ppa yg xeolk ke rina?

-Ish abah ni..mana ada..hbs tu ,abah jawab apa?

-Abah jawabla..ok..klu xde aral melintang,hujung minggu ni dia dtg k..kamu tak thu ke perkara yg penting tu rina?

-x..ntahla..dia x cakap apa2 pon..xpelah..nt dia datang ,dia bgthula kan..k la yah..rina tolong mak masak dulu.

-Yela..


Aku masih xcukup kuat untuk bagithu perancangan aku dan zaril kpd abah.mak jga ada pesan spy biarlah bapak aku tahu hal ni dr mulut zaril sendiri.mintak2 la semuanya dipermudahkan..ameeennnn..

………………………………………………………………………………………………………………………………………….
~merisik bungaJ~

Pagi tu..seperti yg sudah sedia maklum..kelurga zaril akan datng bertandang ke rumah ku..aku bersiap2 sebaik mungkin agar kelihatan cantik dihadapan mama dan papa zaril nanti..baju kurung putih berbungakan ungu ku sarung ditubuhku..ku membelek2 tubuhku di hadapan cermin..cantik.kemudian, aku menyarungkan tudung berwarna ungu dikepalaku.setelah ku rasakan semuanya sudah sempurna, aku keluar ke ruang tamu..tepat jam 10 pg,sebuah kenderaan pacuan empat roda toyota masuk ke perkaranagn halaman rumahku..kelurga zaril telah tiba.mak dan abah mnyambut kedatangan kelurga zaril sementara aku masuk ke bilik..aku berjalan mundar mandir.gementar rasa dalm hati ini..jantung berdetak bagai peluru laju dilepaskan .15 minit kemudian,mak memanggilku ke luar bilik.

-Rina,,mari sini sekejap.

-Ye mak..sebentar..

Aku meneliti tubuh dan wajahku sekilas.kemudian,terus aku melangkahkan kaki ke ruang tamu.
Aku bersalaman dgn mak cik yg berada disebelah mak ku.senyuman manis kulemparkan ke arahnya..

- rina..ni kelurga zaril..kawan kamu yg telefon ayah tempoh hari..diorang datang ni ada hajat.

-Betul tu rina..sebenarnya kedatangan kami ke sini ingin merisik rina bg pihak zaril ..zaril xdapat datang dan dia telah wakilkan kami sbg ibu bapa nya   untuk merisik rina.

-Jadi kami ingin tahulah jawapan dr pihak rina dan keluarga..

-Macam ni lah..kami akan berbincang dulu .minggu depan kami akan memberi kata putus.

-Kalau itu dah kata encik lan,baiklah.kami menunngu jawapan dr pihak belah perempuan.harapnye pihakbelah perempuan dapatlah terima risikan bg pihak anak kami zaril.harap semuanya dipermudahkanlah ye..

-insyaAllah..

-Okla..rasanya dah lewat..rina..pak cik dan mak cik balik dulu la ye..

miMalam tu..aku membincangkan tentang risikan tu bersama mak dan ayh..alhamdullilah..ayah dan mak bersetuju.sujud syukur ku lakukan tanda terima kasih kepada Allah diatas segala perkara yg dipermudahkan. Aku mnghntar mseg kpd zaril mmberikan jawapan persetujuan menerima risikan dr pihak zaril.zarli bgitu gembira dan mengucapkan terima kasih kepada ku atas persetujuan yg di berikan.

……………………………………………………………………………………………………………………………..
~hari pertunanganku~

Hari ni..berlangsunglah majlis pertunanganku..aku mengenakan jubah berwarna ungu putih sesuai kerana ungu adalah warna kegemaranku.tidak lama selepas aku bersiap2,rombongan dr pihak keluarga zaril tiba..seusai perkenalan pertunangan tamat,mama zaril masuk ke dalam bilikku dan menyarungkan sebentuk cincin emas belahan rotan di jari manisku.tangan bakal mak mertua ku ku kucup ikhlas..aku mencari2 juga  kelibat zaril..tidak kelihatan..tambah2 pulak,aku tidak tahu bagaimana rupa zaril..ermm...xpelah..dah kahwin nanti,dapat jugak aku tgk dia..masa tu..nak tatap 24 jam pon xpe..huhu..bisikku dalam hati..


Kini aku digelar tunangan orang.malam tu,satu meseg masuk ke telefon bimbitku.
Zaril..laju jariku mebuka sms dr zaril

-Assalamualaikum ya khatibati (tunangku)..:)

-Waalaikmsalam..

-Sihat ke ngek??

-Sihat je.alhamdulillah.amboi..sedapnye mulut pnggil org ngek.suka hati je ea..

-hehe..kan awak yg ajar sy dulu..hehe..Terima kasih wak sbb sudi menjadi tunang sy sekali menerima sy dalam hidup awk.

-huhu..sama2 ..awk jgk..eh,awk tk dtg k mjlis ptunangan kita td?

-Datang..sy nampak awk..cantik..

-Terima kasih,,ye ke?sy xnmpak awk pon?

-Mcm mne awk nak nampak..awk taw k sy yg mana??

-Aah kan..erm..xpelah..xd rezeki kot sy nak tgk muka awk.

-Xpe..nanti dah kahwin, awk tgklah puas2 ea..hehehhe..

-Ngok ngek btol la awk..mcm la sy nk tgk sgt muka awk tu..ngek!!

-Yela2..graw sikit xleh..

-Meme r..ok la..sy nak tidur dah ni.ok.wsalam.

-Ok..time kasih sekali lg wak atas kesudian awk..tidur molek2 deh..mimpi indah:)..wslam.


Haaaa??mimpi indah??banyak lah kau punya mimpi indah..huhu..sweet jgk tunang aku ni,,hahhaha

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
~kamiJ~

Dalam tempoh 8 bulan pertunangan aku dan zaril, mcm2 jgk perkara yg aku tahu tentang zaril..byk persamaan antara kami rupanya..anataranya:_

~Zaril n aku ~   
·         Xminum susu 
·         Suka wrne ungu putih
·         Suka makan kuew tiww tom yam n sup      
·         Suka makanan pedas
·         Paling xsuka subjuk matematik
·         Xsuka makn sayur kcuali 2 3 syur
·         Simple
                                                             


Memang xsangke kami byk persamaan..sweet kan??
Perangai kasar aku pon lama - kelamaan dah semakin berkurang..zaril pon dah xseskema dulu..tapi biasalah ..selama tempoh pertunangan ni..ada jugak dugaan yg datang kpada aku,bgitu jgk zaril.perselishan faham tu perkara biasa dalam sesuatu perhubungan.sebab tu sikap tolak ansur dan sabar perlu ada..pertunangan ni jugak tak menjejaskan prestasi pembelajaran aku dan zaril.aku rasa semakain bersemangat nak balajar.benarlah kata orang..bila kita dah berpunya,kita akan jd lebih bersemangat nak buat sesuatu perkara.huhu..antara dugaan yg agak berat datang kepadaku dan zaril ialah kehadiran orang lain dalam hidup kitaorang.

Ada seorg permpuan yg dtg kpd zaril dan meluahkn perasaanya pd zaril.tp zaril seorang tunang yg setia dgn ku..dy lgsung tidak membalas meseg dr perempuan tu krna bg dy biarlah dia kecewakan org lain asalkan dia xkecewakan tunang dia..kata dia..aku ni istimewa sgt dalam hidup dia..hehhe…

Dugaan yg dtg kpd aku x kurang hebatnya jgk..setelah aku bergelar tunagan orang,begitu ramai leleki yg datng dalam hidup aku utuk brkenalan..yg datang utk mnjadikan aku sbg isteri pon ada.dek krana terlalu ramai..aku bercadang nak buat seperti zaril..tidak membalas meseg mereka..ttp mereka yg datng bukanlah jnis yg cpt berputus asa..mereka terus terusan brtanyakanku..akhirnya aku membalas ' I'm 'single but not available''.bukan aku tidak mahu berterus terang yg aku ni sudah bertunang,tp bg aku ,pertunangan ni biarlah dirahsiakan....sbhagianya mngerti jawapan drpd ku sesetgh lg trus mndesakku inginkan jawapan..bg mereka yg tidak mngerti jawapan dr meseg ku itu,aku terus berterus terang yg aku sudah bertunang ‘’ maaf ,sy dah bertunang,jd tolong jgn ganggu sy lagi.ok..harap awk faham ..’’.sebaik mndengar jawapan itu,mereka memohon maaf dan tidak menggangguku lagi..

hatiku puas!tiada gangguan..kalau zaril boleh menolak perempuan lain dalam hidup dia utk aku,kenapa aku tidak??      

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..      
~ hari bahagiaku~ haaa..dia!!!~

Tempoh pertunangn selama 8 bulan tamat.hari ini lah adalah hari bahagia buat aku.. Aku dihias cantik.baju kurung  putih tersarung indah di tubuhku .dipakai sempena hri pernikahanku..dr kejauhan ,,aku melihat kelibat zaril..tetapi tidak begitu jelas..kerana terllu jauh jaraknye dgnku..kami menjalankan proses akad nikah di masjid berdekatan rumahku.

Aku hnaya tunduk ke lantai..malu untuk mengangkat muka..

-Zaril ahmad bin ahmad zakuan

-Ye saya..

-Aku nikahkan dikau dgn zurina ilya bt roslan dgn mas khwinnye rm 300 ringgit tunaiiiiiii

-Aku terima nikahnye zurina ilya bt roslan dgn mas khwinnyw rm 300 ringgit tunaii..

Dgn sekali lafaz sahaja..kini aku sudah bergelar isteri orang..air jernih menitis di pipi mulusku..
Alhamdulillah...seusai doa dibaca, zaril dtg ke arah ku ..aku menundukkan pndanganku ke bawah..tidak punyai kekuatan utk melihat ke arah suamiku.tiba2 zaril menarik jari ku lalu menyarungkan cincin emas putih di jariku..lalu tangannya diletakkan di kepalaku utk dibacakan doa.aku terkedu.apabila aku membuka mata, terkejut bukan kepalang  melihat wajah lelaki yg kini sudah sah menjadi suamiku..bagai nak tercabut jantung aku saat terpanjang wajah zaril..zaril hnya tersenyum manis ke arahku..
Awak!!! Jeritku dalam hati..

Tidak aku sangka ,rupa2 nya lelaki yg telah mnjadi suamiku kini adalah lelaki skema yg pernah aku marah dan tengking dia dihadapan orang ramai dulu..lelaki yg telah membasahkan buku aku..arggghhhh...aku tidak tahu bgaimana ingin mghadap nye nanti..aku teruskan majlis perkhwianku sperti biasa sperti tiada masalh walaupon dalm fikiran ku trkenangkan tindakan bodoh yg pernah aku lakuakan terhadap zaril suatu masa dulu..

……………………………………………………………………………………………………………………

~terima kasih ya Allah~

Malam tu..kurasakn badanku begitu letih sekali..sesudah membersihkan diri,pintu bilikku dikuak..berdebar rasa hati .zaril mngmbil tempat  disebelahku.aku tundukkn saja wajahku ke lantai..tiada sebarang perkataan yg keluar dr mulutku bgitu juga zaril..mulutku seakn terkunci rapat..tiba2 zaril bersuara.

-Pertama-tamanya,terima kasih sbb sudi jd isteri abg..sbb terima diri abang dalam hidup rin..abg thu abg silap sbb tk bgthu rina siapa abg sbnrnye..tp sejak pertama kali abang lihat rin,hati abg dah tertarik walaupon rin dah malukan abg dpn org ramai waktu tu..

-Err,,,Rin tak bermaksud mcm tu pon...rin mntk maaf..rin xbmksud pon nk malukan abg..maafkan rin...rin tahu rin salah..maaf bang..

-Xp..abang dah lama maafkan rin..rin dah terima abg ni pon dah lebih dr sgala2nye rin..abg dah lupakn hal tu..abg minta maaf sbb rosakkan buku rin..

-Xp la bang..kisah lama.xpe...nt rin boleh beli buku tu lg .

-Ehh..rin xbeli lg k?

-Belum..buku tu susah nk dpt..  klu ada pon..cepat habis..

-Maafkan abg ye rin..sbb abg ,rin xdpt nk hbskan baca buku tu..

-eh,xp bang..rin xksh..

..kejap ye rin.abg ada sesuatu nak bg kt rin..dah lama abg nak bg..tp bru malam ni abg berkesempatan nak bg kt rin..


Satu bungkusan berbalutkn kertas berbunga2 ungu diberikan kpadku.

-Apa ni bang? Boleh rin buka?

-Boleh..sila lah..

Zaril hnya memerhatikan gelagatku membuka bungkusan itu sambil tersenyum..

Gembira bukan kepalang bila seusai aku membuka bungkusan  itu. Buku '' dia khalifah hidupku '' kini ada di tanganku..aku tersenyum gembira bercampur terharu..

-Terima kasih bang..terharu rin bang..dah lama jgk rin cari buku ni sbnrnye..tp xjumpa2..terima kasih bang.terima kasih sgt2..

-Sama2..abang yg dah rosakkan buku rin kan..jd  abang jgk lah yg akan gantikan yg baru untuk rin..

-rin..

-ye bang..

-abang sayang sgt2 kt rin..abg janji abang akan bahagiakan rin..tolong jadi yg setia utk abang rin..tolong jangan kecewakan abang.

-ye bang..rin janji.rin kan  isteri yg sah buat abang sekarang.mstilah rin setia hnya pada yg halal buat rin iaitu suami rin.rin pon akn cuba sdaya upaya rin utk jadi yg terbaik buat abang n akan bahagiakan abang.

-terima kasih rin.i love u sayang :)


ku rasakan begitu bahagia disisi suamiku tercinta ..zaril telah membacakan seluruh isi buku '' dia khalifah hidupku'' khas buatku..aku gembira dipangkuannya.terima kasih ya Allah atas jodoh dan tkdir yg telah kau titipkan buatku..dalam hati aku berdoa agar suamiku zaril adalah khalifah hidupku buat selama-lamanya~ng s

*maaf atas salh silap dan kekurangan dalam penulisan..ni penulisan sy yg pertama..cerpen ni xd kena mngena dgn yg hidup atau yg mati..kisah ini tercipta hasil dr kisah hidup realiti yg diubah sdikit,hasil kisah realiti campur fantasi ni akhirnya menghasilkan cerita tentang kami.~


4 comments: